Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Tuesday 31 January 2012

Dibuang Kerja: Berikan Makna Yang Lebih Positif


Bayangkan, anda bekerja keras di sebuah syarikat selama 20 tahun. Tiba – tiba syarikat mengambil keputusan memecat anda dan mengantikan anda dengan orang lain. Mereka hanya perlu membayar orang tersebut dengan bayaran separuh dari gaji anda. Bagaimana perasaan anda? Apakah makna disebalik kejadian ini pada anda?

Pasti ramai yang marah dan kecewa terhadap apa yang berlaku. Mereka juga merasa dikhianati dan merasakan tempoh 20 tahun mereka berbakti kepada syarikat adalah sia – sia belaka. Ada juga yang merasakan mereka sudah tua dan tidak membawa apa – apa makna lagi pada diri dan syarikat.


Apabila mereka menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan baru , adakah anda merasakan mereka mempunyai keyakinan tinggi dan mampu menonjolkan kebolehan mereka kepada majikan baru? Kemungkinan besar tidak bukan? Bahkan tanpa disedari mereka menunjukkan rasa rendah diri, kecewa, marah dan pelbagai sikap negatif yang lain. Akhirnya mereka gagal dalam temuduga tersebut. Akibatnya mereka mengambil masa yang lama untuk mendapatkan pekerjaan baru. Jika akhirnya mereka mendapat pekerjaan, pekerjaan itu mungkin sekadar kerja separuh masa atau dengan status dan bayaran yang kurang dari apa yang mereka dapat sebelum ini.

Adakah anda fikir dalam pekerjaan baru ini mereka mampu untuk bekerja dengan sepenuh hati?  Saya rasakan tidak dan mungkin mereka berkata dalam hati : “Apa gunanya? Selama bertahun  - tahun saya bekerja dengan syarikat  dan sekarang tengoklah apa yang telah berlaku pada?” Dengan ini mereka telah menguatkan makna pada pengalaman dibuang kerja, iaitu ia adalah sesuatu yang buruk dan menghinakan.

Namun disebalik pemikiran seperti ini, kita masih mampu melihat mereka yang berfikiran dalam minda yang berbeza dan lebih positif. Dibuang kerja bukanlah alasan bagi mereka untuk membenamkan diri dalam situasi negatif. Bahkan mereka memberikan makna yang berbeza. Dibuang kerja memberikan kerugian besar kepada majikan mereka sebaliknya bukan kepada diri mereka. Setelah dibuang kerja mereka menjadi lebih bebas, fleksibil dan mampu berdiri atas kaki sendiri menentukan hala tuju hidup mereka.

Mereka mempunyai lebih masa untuk melakukan sesuatu yang mereka gemari yang selama ini dikongkong oleh kesibukan bekerja. Sekarang mereka boleh mencari kerjaya baru atau memulakan perniagaan yang mereka minati. Dengan wang pampasan yang diterima mereka menggunakannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Kini mereka dengan kehidupan baru dan mempunyai fleksibiliti menguruskan  masa bersama kerjaya baru dan keluarga. Mereka melalui  hari – hari dengan makna positif dan penuh bermotivasi. Dan akhirnya kini mereka Berjaya bersama perniagaan mereka.




Bagi yang mencari majikan baru, dibuang kerja memberikan khabar gembira kepada mereka untuk meninggalkan majikan yang selama ini tidak pandai menghargai dan berterima kasih kepada mereka. Kini mereka akan bekerja  dengan majikan baru yang lebih prihatin terhadap mereka dan dalam budaya korporat yang lebih sesuai dengan mereka. Mereka mula bekerja dengan semangat yang baru, lebih berkaliber dan mampu bekerja lebih dari apa yang mereka mampu lakukan sebelum ini. Ini sekali lagi memberikan makna bahawa dibuang kerja bukanlah sesuatu yang buruk bagi mereka bahkan sesuatu yang lebih bermakna bagi meraka.
Melihat akan situasi di atas membawakan kita untuk berfikir sejenak bahawa hidup ini bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Jika sesuatu perkara mampu kita nilai dengan positif maka kita akan melalui hari – hari dengan lebih positif, bermanfaat dan bermakna. Makna terhadap apa yang berlaku dalam hidup kita membawa seribu pengertian terhadap pengalaman – pengalaman lampau dan apa yang kita akan lalui. Saya melihat ramai orang yang berjaya disebalik pengalaman dibuang kerja dalam kegawatan ekonomi yang berlaku pada 1998. Ramai yang menceburi bidang perniagaan dan memjadi bos kepada syarikat sendiri. Kini mereka lebih berjaya, lebih kaya, lebih berketerampilan, lebih bahagia dan mempunyai lebih kebebasan dan tujuan hidup yang lebih baik. Salah seorang daripada mereka adalah jutawan perkapalan yang bernialai RM28 juta. Beliau memulai perniagaan sendiri setelah dibuang kerja!


No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...