Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Saturday 25 February 2012

BERTINDAK RASIONAL: Elak Dari Menawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Bercakap Sesuatu Ketika Anda Marah

   
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Segala pujian bagi Allah yang memberikan kesempatan kepada kita untuk terus berfikir dan bertindak dalam meneruskan kehidupan kita. Selawat serta salam sama – sama kita tujukan kepada junjungan besar Rasulullah s.w.t.

   Dalam tindak tanduk kita seharian, tidak selalunya tindakan dan pendapat yang kita berikan adalah daripada pemikiran rasional kita.
Ini kerana tindakan kita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh emosi kita. Kadangkala minda kita memutuskan sesuatu yang positif tetapi disebabkan emosi yang mendominasi diri kita kita akhirnya mengambil tindakan yang negatif. Sebagai contoh, kita tahu dan percaya dari fakta dan laporan perubatan bahawa merokok membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut, namum disebabkan emosi kita yang membuak – buak inginkan merokok maka kita terus merokok dan merokok.


    Kali ini saya ingin mencoretkan satu artikel yang lebih berkaitan kepada dunia perniagaan. Bagaimana kita seharusnya tidak menawarkan sesuatu barang jualan dalam keadaan kita gembira dan tidak bercakap sesuatu atau membuat keputusan ketika kita sedang marah. Mari kita ikuti ulasan lanjut di bawah.

   Dalam situasi di pejabat, bayangkan anda baru sahaja menerima panggilan telefon dari pihak sekolah yang melaporkan anak anda telah ditangkap kerana ponteng sekolah. Berita ini pasti mengganggu emosi anda dan menyebabkan anda marah. Pada masa yang sama anda didatangi seorang pelanggan anda yang sedang marah – marah dan melenting terhadap produk yang anda jual kepadanya. Tanpa berfikit panjang, anda pasti juga memarahi kembali pelanggan anda dan melayannya secara negatif. Keadaan ini pasti membawa kesan yang negatif kepada perniagaan anda dan anda akan kehilangan pelanggan tersebut buat selama - lamanya.

   Namun, dalam keadaaan normal anda pasti bertindak sebaliknya. Anda akan mendengar rungutan pelanggan anda dan meminta maaf kepadanya.. Anda berjanji untuk mengantikan produk yang rosak dan ini menyebabkan emosi anda dan pelanggan kembali tenang. Anda kembali menjalankan urusniaga bersamanya dan dia mungkin akan terus membeli dari anda.

    Dalam situasi di atas jelas menunjukkan tindakan kita selalu dipengaruhi oleh emosi kita. Walaupun kita sedar tindakan memarahi pelanggan dan melayan pelanggan sebegitu rupa merupakan sesuatu yang salah. Tambahan lagi tindakan itu boleh menjejaskan reputasi perniagaan kita di mata masyarakat. 

    Namun perlu juga diambil perhatian, keadaan ini tidak hanya wujud sewaktu anda marah. Keadaan ini juga wujud sewaktu anda dalam keadaan sangat gembira. Dalam keadaan tersangat gembira, anda berada dalam mood yang sangat baik dan ini juga akan mempengaruhi keputusan yang anda akan lakukan. 
    Bayangkan anda menerima dua berita gembira serentak. Iaitu jualan anda meningkat mendadak dan anada bakal menyambut kelahiran anak yang baru. Anda sangat seronok dan dan begitu teruja. Pada masa yang sama, ada pekerja anda datang berjumpa anda untuk memohon cuti 4 hari. Kebarangkalian besar, anda akan meluluskan permohonan pekerja anda itu.

   Mungkin dalam keadaan biasa atau dalam keadaan marah, anda akan bermasam muka dan memarahi pekerja itu yang meminta cuti yang lama. Tetapi dalam keadaan gembira, tindakan anda nyata berbeza.
Jadi bagaimana untuk membuat keputusan yang rasional ? Anda perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan anda perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.

Ingat! - Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...