Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Sunday 4 March 2012

Infografik Jenis-Jenis Perniagaan(Milikan Tunggal,Perkongsian,Sdn Bhd)

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung. Segala pujian dan kesyukuran kita tujukan kehadrat Illahi kerana masih lagi memberikan kita ruang untuk bernafas dan kudrat untuk kita menjalani kehidupan pada hari ini. Moga kehidupan kita pada hari ini dimulakan dengan langkah cemerlang, kesyukuran, keazaman yang tinggi untuk berjaya. Selawat serta salam juga kita tujukan kepada Rasulullah s.a.w.

Dalam meneroka arus kemodenan, ramai di antara kita mula melangkah dan terus melangkah untuk merebut pelbagai peluang yang ada
bagi memajukan diri dalam pelbagai bidang. Tidak lupa juga ada yang terus menceburi pelbagai bidang baru dalam kehidupan mereka. Itulah yang sering dilakukan oleh insan yang berjaya terutamanya dalam bidang bisnes seperti Donald Trump dan Tan Sri Syed Mokhtar


Ramai yang menyambung pelajaran di dalam bidang yang mereka minati, bertukar karier, meneroka pasaran perniagaan baru, mengembangkan potensi perniagaan yang ada malah ada juga yang baru mula untuk berjinak - jinak dengan dunia perniagaan.

Bagi yang mula mengambil langkah untuk menceburi perniagaan dan membuka syarikat sendiri, di bawah ini saya selitkan infografik berkaitan jenis - jenis perniagaan yang boleh anda sertai. Kaji kelebihan dan keburukan serta buatlah keputusan. Semuanya di tangan anda.

Sumber imej: Shahbudeenjalil.com

No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...