Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan saya keizinan untuk memasukkan entri terbaru. Entri pada kali ini bukanlah mengenai produk Kaspersky ataupun mahupun produk muslimah yang biasa saya kemaskini. Jika pada entri terdahulu kita dapat membaca mengenai skim cepat kaya yang akhirnya menemui ajalnya sendiri, tapi kali ini adalah berkaitan syarikat yang sah di sisi undang - undang namum menemui penghujungnya jua.
Kebanyakan penganalisa ekonomi meramalkan, pada tahun 2012 banyak syarikat-syarikat besar akan merasai kesan kegawatan ekonomi dunia akan menjadi lebih perlahan berbanding tahun sebelumnya. Ia dimulakan dengan berita pengumuman penutupan bahagian kamera jenama Kodak sehingga