Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Monday 6 February 2012

DONALD TRUMP: Dia Mengambil Keputusan Untuk Berjaya Semasa Susah Sementara Orang Lain Mengambil Keputusan Membunuh Diri


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Jom sama – sama kita memuji kebesaran Allah S.W.T kerana dengan kekuasaan-Nya dan kasih – saying-Nya Dia masih memberikan kita masa dan waktu untuk kita terus hidup dengan meminjam nafas dan badan kita yang secara hakikinya menjadi milik Allah S.W.T. Tidak lupa juga marilah kita sama – sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w agar cinta kita padanya terus mekar dalam hati sanubari kita.

                Pada kali ini saya ingin menulis mengenai seorang ikon perniagaan dan jutawan yang banyak menjadi inspirasi bagi para usahawan selain kehebatan bisnes Nabi Muhammad dan isterinya Khadijah. Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai jutawan terkenal Amerika iaitu Donald Trump. 

                Dia meraih kejayaan yang besar dalam bidang keusahawanan khususnya bidang hartanah
pada tahun 1980-an dan awal 1990-an dengan nilai kekayaan pada masa itu berjumlah 1 bilion US dollar. Pada kemuncak kejayaan itu dia telah berjaya menulis 2 buah buku yang menjadi bestseller  iaitu The Art of the Deal dan Surviving at the Top.

                Namun satu ujian dan musibah yang besar telah menimpa dirinya dalam dunia perniagaan pada akhir tahun 1990-an. Pada waktu itu kemelesetan  ekonomi dunia dan bidang hartanah menjunam teruk. Keadaan ini menyebabkan ramai jutawan hartanah jatuh bankrap. Termasuklah juga Donald Trump. Dia kehilangan kekayaannya sekelip mata dan menanggung hutang berjumlah 900 juta bilion US dollar.

                Beberapa kawannya yang mengalami nasib yang sama percaya kehidupan mereka telah musnah da nada yang membunuh diri. Keadaan Donald Trump bertambah buruk apabila isterinya menelefon dan menuntut Trump untuk membayar bayaran tuntutan penceraian dengan baki wang yang masih ada.

                Keadaan Trump bertambah buruk apabila kawan – kawanya yang selama ini dianggap sebagai sahabat telah meyingkirkannya. Namum dia tidak berputus asa dan menganggap ini adalah suatu cubaan kepadanya untuk terus bangkit. Walaupun dia kehilangan hampir semua wang yang dimiliki, namun dia menganggap masih lagi berpeluang untuk berjaya kerana masih lagi memiliki pengalaman dan kemahiran dalam membina kekayaannya semula.

                Selama 6 bulan berikutnya dia bekerja keras untuk bangkit dari kejatuhan. Dalam masa 3 tahun, dia kemuadiannya berjaya memperoleh keuntungan melebihi 3 bilion. Dalam bukunya, The Art Of Comeback, Trump menceritakan bagaimana kesusahan yang dialaminya sebelum ini mengajarnya untuk lebih bijak, fokus dan kuat berbanding sebelumnya. Jika tidak dari kesusahannya, dia tidak mungkin menemui sahabat sejati sehingga berjaya memperolehi keuntungan melebihi 3 bilion dalam masa 3 tahun.

                Ketika ramai ahli perniagaan membiarkan kemelesetan ekonomi pada 1990-an memusnahkan kerjaya dan kehidupan mereka, Donald Trump sebaliknya menjadikan faktor itu untuk menjadi lebih kuat dan lebih kaya. Sekali lagi ini menunjukkan kejatuhan atau kegagalan kita itu bukanlah sesuatu yang bersifat selamanya selama mana kita tidak membiarkannya. Sekali laluan kita menemui kegagalan, beribu – ribu lagi laluan yang ada untuk kita berjaya. Segalanya bergantung kepada apa makna yang kita berikan pada apa yang berlaku apa diri kita ketika itu. Jika kita memberikan makna positif dan mengambil tindakan yang positif maka kita akan menemui hasil kejayaan dan hasil yang positif.
 Trump Tower

No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...