Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Saturday 3 March 2012

Skim Cepat Kaya & Sejarah Penipuan Pak Man Telo @ Osman Hamzah

Assalamualaikum  dan selamat sejahteran kepada pembaca. Segala pujian bagi Allah S.W.T dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

    Kali ini saya rasa terpanggil untuk memasukkan entri berkaitan skim cepat kaya. Berbeza sekali dengan artikel lepas yang membincangkan berkaitan kehebatan Kaspersky Internet Security 2012
. Seperti yang kita ketahui, skim ini penah menghangatkan negara pada suatu ketika dahulu
namum kehangatannya tidak pernah padam sehingga ke hari ini. Pelbagai kes penipuan dilaporkan oleh media dan orang ramai. Ikuti salah satu kes penipuan yang membabitkan jutaan ringgit yang pernah menggegarkan negara suatu ketika dulu. 

    Mendengar nama Osman bin Hamzah, majoriti daripada kita tidak mengenalinya. Tetapi apabila disebut Skim Pak Man Telo, tentu ramai di antara kita yang masih dapat mengingati skim cepat kaya yang pernah popular seawal tahun 1970-an hingga 1990-an.

    Osman bin Hamzah adalah pengasas Skim Pak Man Telo. Tanpa mempunyai kelulusan tinggi, dia telah berjaya menganjurkan sebuah skim pelaburan piramid yang kompleks dan telah menarik penyertaan Iebih 50,000 orang pelabur termasuk golongan professional dan pegawai kerajaan, dengan nilai pelaburan mencecah RM99 juta. Skim tersebut dijalankan menerusi perniagaan miliknya, Pestama Enterprise yang beroperasi di Taiping, Perak. 

    Sebelum menjadi terkenal, Osman adalah seorang wartawan sambilan Bernama. Kini, namanya diingati sebagai salah seorang pelopor skim cepat kaya yang masih wujud di negara ini.

    Populariti Skim Pak Man Telo menjalar ke seluruh negara dan di saat kegemilangannya, skim tersebut pernah menjanjikan pulangan dividen sehingga 12% kepada para pelaburnya. Bagi meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim pelaburan anjurannya, dia mendakwa perniagaan miliknya terlibat di dalam bidang hartanah, pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, perhotelan, kasut dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.

    Setelah dijamu dengan perkhabaran kemantapan perniagaan milik Osman dan pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat, Iebih ramai penduduk di negara ini menyertai skim pelaburan tersebut, tanpa menyedari aktiviti pelaburan tersebut adalah menyalahi undang-undang.

    Namun begitu, kemuncak populariti Skim Pak Man Telo mula menemui titik noktahnya apabila Osman dihadapkan ke mahkamah pada 11 Januari 1990 atas pertuduhan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 kerana mengambil deposit daripada orang ramai tanpa Iesen yang sah. Osman telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM250,000. Denda tersebut
dijelaskan oleh Osman.

    Bank Negara Malaysia mengambil tindakan untuk menuduh Osman, selepas lama memantau Skim Pak Man Telo. Turut dikhabarkan, semasa serbuan dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap Osman, pihak berkuasa tersebut turut merampas sejumlah RM1.7 juta wang tunai daripada pengasas skim cepat kaya itu.

    Menurut rekod, Osman telah didakwa di mahkamah sebanyak dua kali dan pendakwaan kali kedua dijalankan pada 17 Julai 1991 pada usia 65 tahun atas pertuduhan kesalahan yang sama. Walaupun Osman pada mulanya membuat pengakuan tidak bersalah, tetapi kemudiannya telah menukar pengakuan bersalah pada hari pertama perbicaraan dijalankan. Akhirnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM500,000 atau tambahan setahun penjara sekiranya gagal membayar denda. Osman gagal membayar denda dan dipenjarakan selama dua tahun bermula 17 Julai 1991.

    Selepas dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama, orang ramai mula berasa sangsi terhadap Skim Pak Man Telo terutamanya apabila kedengaran ada pelabur yang tidak Iagi menerima pulangan pelaburan. Menyedari situasi tersebut, pelbagai alasan telah diberikan kepada para pelabur oleh Osman, antara alasan yang telah diberikan adalah krisis Perang Teluk dan rampasan dokumen oleh BNM.

    Operasi skim tersebut pernah dihentikan sementara oleh Osman dengan alasan dalam proses ‘menghalalkan’ skim cepat kaya itu dengan mengikut konsep pelaburan anjuran Bank Islam yang tidak memberi pulangan yang berganda kerana berunsurkan ‘riba’. Osman juga pernah dikenakan hukuman buang daerah di Kampung Terong, Kuala Berang, Hulu Terengganu di Terengganu mengikut Ordinan Darurat.
                                            Antara penipuan dilaporkan media
    Setelah bosan mendengar alasan-demi alasan yang diberikan oleh Osman akibat kegagalan membayar dividen yang telah dijanjikan, anak lelaki Osman telah diculik oleh sekumpulan enam orang lelaki pada 1991. Tujuan penculikan itu bertujuan memaksa Osman mengembalikan wang RM426,767 yang telah dilaburkan oleh mereka. Walaupun berjaya ditahan dan empat orang penculik didakwa di mahkamah, mereka hanya dijatuhi hukuman ringan, iaitu denda RM100 atau tiga bulan penjara.

    Osman dan keluarganya juga telah disaman oleh para pelabur yang tidak mendapat kembali wang pelaburan mereka berjumlah jutaan ringgit. Tindakan saman itu dimulakan bagi menghalang Osman atau ahli keluarganya daripada mengeluar atau memindahkan wang yang didakwa milik para pelabur.
Osman mengakhiri hayatnya di Kuala Berang, Terengganu ada 22 Disember 1997 di usia 70 tahun semasa masih dalam perintah buang daerah.

Sumber artikel:  ShahabudeenJalil

No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...