Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Thursday 26 January 2012

Anonymous: Nafikan Ingin Menyerang Facebook Pada 28 Januari


Salah satu masalah besar apabila ramai yang mengelarkan diri mereka sebagai Anonymous, dimana hari ini melalui akaun Twitter @YourAnonNews yang diikuti lebih daripada 400,000 pengguna, mereka menafikan yang mana Anonymous ingin menyerang Facebook, dan beberapa laman lain pada 28 Februari kelak.

Video berkenaan dengan hasrat ingin menyerang Facebook telah pun dimuat-naik pada 23 Januari, mengatakan mereka ingin menyerang Facebook pada 28 Januari kelak. Bagi mereka yang selalu ikuti video-video daripada pihak Anonymous, mungkin anda dapat membezakan suara audio yang disertakan padanya, berbanding video-video sebelum ini.

Menurut akaun Twitter @YourAnonNews, ianya tidak masuk akal mengapa mereka ingin membunuh cara komunikasi yang digunakan oleh mereka, iaitu melalui Facebook, YouTube, Twitter dan juga Tumblr.
Perkara seperti ini bukanlah pertama kali, dimana sebelum ini, pada tahun lepas, video berkenaan dengan #OpsMalaysia kedua telah dimuat-naik sebelum ianya dinafikan, serta baru-baru ini perkara berkaitan dengan AnonyUpload turut sama dinafikan pihak Anonymous.

sumber:  Amanz.my

No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...