Jangan Lepaskan Peluang Keemasan

Saturday 4 February 2012

Blog Berbayar vs Blog Percuma




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Tuhan kerana memberikan keizinan dan kudrat kepada saya untuk menulis entri/artikel terbaru di blog ini. Tidak lupa juga segala selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai kekasih-Nya. Semoga kita diberi kelapangan untuk sama – sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Baginda sempena sambutan Maulidur Rasul yang akan menjelma tidak lama lagi.

            Pada artikel kali ini saya tertarik untuk menulis, membincangkan, dan membandingkan mengenai Blog Berbayar vs Blog Percuma.


Blog Berbayar

Yang pertamanya mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan blog berbayar. Blog berbayar bermaksud blog yang memiliki domain dan hosting sendiri. Contoh domain berbayar adalah apabila URL(Uniform Resources Locator) atau alamat blog berakhir dengan .com, .net, ataupun .my. Domain – domain ini perlu dibayar pada jumlah tertentu mengikut masa/tempoh tertentu.

Blog berbayar mempunyai kelebihannya tersendiri. Antara lainnya, ia menambahkan kreadibiliti kepada pemilik dan blog itu sendiri melalui beberapa kajian yang dilakukan. Pemilik blog yang menggunakan blog berbayar juga menunjukkan perniagaan atau blog yang mereka miliki kelihatan lebih kukuh dan relevan berbanding penggunaan blog percuma. Tambahan lagi hosting atau ruang memori boleh ditambah mengikut keperluan berbanding blog percuma.

Domain
            Bagi blog berbayar, pengguna boleh mendapatkan domain yang diingini atau disukai dengan melayari www.netkl.com. Antara contoh domain yang boleh diperolehi adalah .com, .net, dan .com.my. Perlu diingat bahawa memilih domain perlu kene pada temanya kerana ia akan mempengaruhi jumlah pelanggan yang melayari blog anda.

Hosting

            Hosting merupakan ruang simpanan memori bagi blog atau laman web yang digunakan. Biasanya hosting dijual mengikut jumlah memori yang diingini pengguna. Pakej RM100/tahun biasanya sudah mencukupi sebagai permulaan bagi blog baru. Faktor yang biasa mempengaruhi memori blog ialah isi kandungan blog dan jumlah pengunjung.



C-Panel
            cPanel akan diterima setelah kita membeli domain dan hosting. Ia merupakan tempat yang digunakan untuk memuat turun perisian yang diperlukan. Di sini kita akan mempelajari bagaimana untuk menghasilkan blog melalui enjin Wordpress serta mempelajari pelbagai lagi perisian bagi dimuat turun.




Wordpress
            Wordpress ialah tempat bagi memasukkan dan menyunting hasil penulisan. Kemahiran menggunakan wordpress lebih diperlukan berbanding menggunakan c-panel. Ini kerana wordpress amat penting bagi tujuan memuat turun kiriman artikel yang merupakan aktiviti utama blogger.

Blog Percuma
            Blog percuma membawa maksud kita tidak perlu membayar bagi mendapatkan hosting dan domain. Ini kerana kedua – dua akan ditampung oleh pihak pengeluar seperti blogspot.

Domain

            Domain percuma boleh kita perolehi melalui www.blogspot.com yang mana domain akan berakhit dengan .blogspot.com. Namun ianya berbeza bila kita menggunakan domain berbayar. Contohnya domain kita adalah ‘salamku’. Maka jika kita menggunakan domain berbayar, domain kita akan dikenali sebagai www.salamku.com. Tapi jika kita menggunakan blog percuma domain kita akan dikenali sebagai www.salamku.blogspot.com

            Menurut kajian pakar pemasar internet Malaysia dan luar negara, orang yang menggunakan domain berbayar lebih professional berbanding mereka yang menggunakan domain percuma. Penggunaan domain percuma juga dikatakan mengurangkan kredibiliti dan kepercayaan blogger dimata pengguna.

Hosting

            Hosting bagi blog percuma adalah tanpa had. Jadi kita tidak mempunyai kerisauan mengenai isi kandungan blog kita dan juga berapa ramai pengunjung yang melayari blog kita.

Blogspot

            Blogspot mempunyai konsep yang sama dengan wordpress pada bahagian posting dan edit.
            Banyak pendapat lebih mengesyorkan kita untuk menggunakan blog berbayar. Bagi mereka kredibiliti dan kepercayaan pengguna terhadap aktiviti dan perniagaan kita di internet akan meningkat apabila menggunakan blog berbayar.
            Di sini saya selitkan contoh berbeza bagi jenis blog percuma dan blog berbayar.

Contoh blog percuma


Contoh blog berbayar


No comments:

Post a Comment

Step2Rich

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...